http://feeds.feedburner.com/Suarakomputer
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Iklan Blog

Monday, May 28, 2012

KISAH BENAR: Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar

KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang. Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya. Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera. Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. (Sinar Harian)

Restoran Adik Manja

‘Misteri’ Restoran Adik Manja 

“Dah lama aku perhatikan…sebagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sebelum dimiliki oleh owwer baru…tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya ‘jiran’ berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sebagai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri”…
Pengalaman seorang teman;
Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lepas. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni…kira2 300 meter je. Time tu malam dalam pukul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak macam ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kat kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sebab barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm memang nampak jelas orang ramai tengah makan.
Aku pelik jugak sebab setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dengan kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sebab nak ambil van yang kitorang tinggal kat tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kat kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja…dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi…aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku…apa lagi terus cabut la…tunggu apa lagi…tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kat kedai tu malam tadi…memang misteri gilerrr..

 Ini pula cerita seorang kawan yang lain,
Aku membesar dengan dulu ulang alik dari Kerteh ke Temerloh ikut jalan ni sebab highway tak ada lagi. Penah dulu, adik aku nak terberak sangat dah, so kami terpaksa berhenti dekat sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kat depan kedai tu. Tapi, pelanggan takde. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dalam kereta tu, memang rasa tak sedap hati.
Tapi nasib baik tak jadi apa2 yang buruk. Sampai ke kampung malam tu, mak aku cerita kat parents dan adik beradik dia, yang kami singgah di kedai ni. Semua orang terkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek cakap, kedai tu dah lama tak berpenghuni tapi, tak tau la kalau dah bukak balik.
Bila kami otw nak balik semula ke Kerteh, memang kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yang meriah dengan lampu, khemah, tempat pembakar langsung tak ada. Nasib baik tak jadi benda2 buruk kat kami. – sumber mynewshub

Undi parti masuk syurga fatwa sesat

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.
''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.
''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.
Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.
Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.''
''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.
''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau.
Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian.
''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW.
''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya.
Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.
Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.''
''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.
Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam.

Pemilik No. Plat WWW

RAJA JOHOR BHARU
WWW 1

RAJA KEDAH
WWW 5



senarai pemilik www

Estrogen punca lelaki gemuk

SIAPA sangka Zack (bukan nama sebenar) yang ketika dizaman belajar dahulu kacak dan aktif bersukan kini mengalami perubahan fzikal yang cukup berbeza. Baru berusia 42 tahun, tetapi penampilannya seperti seorang yang sudah berumur.
Rakan-rakan terkejut melihat penampilan dirinya yang cukup merosot. Tubuhnya gemuk berlemak dan perut buncit. Mukanya kelihatan bengkak dengan bahagian bawah mata terdapat banyak lemak yang menjadikan dia kelihatan lebih berusia.
Malah, Zack mendedahkan kini dia berhadapan dengan penyakit kencing manis dan tahap kolesterol yang tinggi.
Isterinya pula sempat berbisik memberitahu bahawa suaminya itu cukup emosional dan tertekan.
Pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan tetapi kesannya tidak ada.
Pada usia yang baru mencapai 42 tahun Zack sepatutnya terus menikmati kehidupan yang sihat dan penuh warna-warni. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila dia sering keletihan dan tidak bermaya.
Sedangkan umur 40-an bukannya usia emas. Sebaliknya 40-an dianggap usia paling stabil bagi seseorang kerana pada peringkat itu seseorang itu sudah matang dalam mengendalikan kehidupan dan mencapai tahap memberangsangkan dalam kerjaya.
Malangnya bagi sesetengah lelaki, apabila masuk angka 40 mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan.
Segala kejayaan yang dicapai sama ada dalam kerjaya mahupun perniagaan habis digunakan untuk perbelanjaan kesihatan.
Mengapakah pada usia yang sebegitu kita mula didatangi pelbagai gejala penyakit?
Masalah jantung, paru-paru, kolesterol, penyakit hati, kencing manis dan lain-lain lagi mula turut menyerang.
Begitu juga kanser dan masalah prostatik bagi lelaki selain masalah hilang ingatan atau nyanyuk (dimentia) dan penebalan arteri (atherosklerosis). Kualiti kehidupan turut merosot dengan badan mula lemah dan tulang jadi rapuh.
Apabila lemak berkumpul di sana-sini dan perut menjadi buncit ia pasti mengundang rasa kecewa kepada lelaki.
Untuk membakar lemak tubuh memerlukan bahan api. Bagi tubuh manusia bahan api yang dimaksudkan itu ialah hormon yang berfungsi untuk memecahkan lemak. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Tetapi, ada juga hormon yang bertanggungjawab meningkatkan simpanan lemak dalam badan iaitu estrogen.
Estrogen merupakan hormon yang banyak dihasilkan oleh lemak. Tidak kira lelaki atau wanita. Semuanya mempunyai hormon estrogen dalam badan. Hormon ini bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang sedia ada akan memanggil lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi banyak.
Pengambilan antiestrogen dan makanan tambahan atau suplemen berasaskan hormon penting bagi memastikan lemak dapat dipecahkan.
Setelah mengambil antiestrogen barulah seorang lelaki dapat memecahkan lemak dengan berkesan.
Setiap senaman yang dilakukan akan berhasil dan perut mula menjadi kempis.
Saiz perut
Lelaki yang mengamalkan suplemen antiestrogen juga akan merasakan tenaganya meningkat, stamina bagi aktiviti berat lebih baik.
Begitu juga keperluan seks mereka akan berada pada tahap maksimum disebabkan kestabilan emosi dan tenaga seksual yang bertambah.
Apabila lemak berkurang maka pengeluaran estrogen daripada lemak-lemak itu juga berkurangan.
Pengurangan kuantiti estrogen memberi kesan baik kepada lelaki kerana ia membolehkan hormon lelaki iaitu testosteron berfungsi.
Selain testosteron, DHEA dan juga hormon pertumbuhan atau growth hormone (GH) juga penting kepada lelaki.
Selain itu hormon tiroid (T3 dan T4) juga penting kerana ia melancarkan metabolisme. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.
Tetapi kehadiran hormon estrogen yang banyak yang berpunca daripada lemak akan merosakkan hormon testosteron.
Satu lagi fakta yang perlu diketahui ialah makanan berasaskan tumbuhan juga mengandungi banyak hormon estrogen yang boleh menambahkan saiz perut seseorang.
Tidak benar jika seseorang mahu cepat kurus maka dia harus makan sayur-sayuran sahaja. Diet yang berasakan sayuran sahaja belum menjamin seorang itu boleh cepat kurus. Seorang teman yang mengamalkan diet sayur-sayuran mengeluh tidak dapat mengecilkan saiz pinggang setelah sebulan berdiet.
Estrogen yang tinggi dalam sayur-sayuran itu membuatkan saiz badannya tetap gempal.
Setelah diberikan antiestrogen dan dikenal pasti hormon tambahan yang diperlukan barulah dia dapat merubah bentuk badannya sebagaimana yang diinginkan.
Senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana ia mampu merangsang kelenjar hormon agar bekerja secara optimum. Apabila paras hormon tinggi maka darah menjadi muda semula. Dengan cara ini kesihatan dapat diperolehi dengan menyeluruh dan anda pasti kembali tampan dan kacak semula.
Bagi lelaki yang mahu mendapatkan rawatan antiestrogen boleh mengunjungi Men Centre, Marissa Estethic yang memberi penekanan terhadap pemulihan hormon lelaki.
Ia turut menawarkan rawatan meningkatkan kecergasan, masalah penuaan tulang, stamina, meningkatkan tenaga dalaman dan seksualiti lelaki, masalah tidur, botak dan uban.
Pusat yang dikendalikan oleh Dr. Haron Ibrahim itu juga menawarkan rawatan hormon untuk meningkatkan kualiti sperma, gout, kencing manis, sakit lutut, tulang dan lain-lain.
Untuk keterangan lanjut boleh hubung Men Centre Semenyih di talian 03-87234808 atau 017-3581619, dan Men Centre Sepang di talian 03-31413719 atau 017-3581610

Pelajar universiti jual benih

IDEA bank sperma pernah menimbulkan polemik di Malaysia pada lebih lima tahun lalu sedangkan bank seperti itu telah lama beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Bank itu popular dalam kalangan wanita bujang atau pasangan yang gagal mendapatkan zuriat sendiri.
Mereka boleh membeli sperma seperti membeli baju dengan memilih jenis air mani berasaskan etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma.
Hakikatnya isu itu belum ada kesudahannya. Tiada undang-undang yang digubal khusus untuk menangani masalah itu.
Bukan setakat menjual sperma, ovum wanita juga popular di seluruh dunia. Ia melibatkan urus niaga yang mencecah berbilion dolar setahun.
Baka manusia itu boleh dibeli dengan mudah sehingga mencecah harga RM100,000 sebotol, bergantung pada siapa si pendermanya.
Golongan penderma wanita yang menjadi sasaran firma kesuburan pula ialah pelajar universiti khususnya wanita berketurunan Asia.
Puncanya, golongan itu mudah dipujuk atas desakan wang, kos pengajian yang tinggi di samping keinginan untuk hidup mewah.
Seorang wanita yang mengaku menjual ovumnya, Kline, berkata jual beli itu ibarat satu pelaburan yang menguntungkan.
Dia yang berketurunan Cina-Vietnam mendakwa telah tiga kali terlibat dalam proses itu dengan memberikan ovumnya kepada sebuah agensi pembekal ovum di California, AS.
Kline memperoleh bayaran hampir RM100,000 untuk semua urus niaga itu.
"Mereka mengatakan banyak keluarga yang sukakan ovum wanita Asia," kata pelajar sebuah kolej di AS yang berumur 26 tahun ini.
Natasha, seorang imigran Rusia yang bekerja di sebuah klinik di Cyprus juga terlibat dengan kegiatan menjual ovum.
Katanya, dia berhijrah ke Cyprus setelah berkenalan dengan teman lelakinya melalui internet.
Malangnya, pengorbanannya itu tidak berbalas. Mereka akhirnya berpisah. Natasha hidup seperti pelarian di Cyprus. Dia tiada visa dan tempat tinggal, malah tiada pekerjaan.
"Mujur saya cantik dan sihat menyebabkan ovum saya bernilai," katanya yang meraih kira-kira RM50,000 untuk urus niaga itu.
Carmen Pislaru, seorang wanita dari Romania yang bekerja di Cyprus pula mendakwa kesempitan hidup selepas melahirkan anak keempat sebagai punca dia terjebak.
"Doktor bertanya adakah saya ingin menjual ovum. Dia seakan-akan mengetahui saya tertekan gara-gara tidak mampu membayar kos perubatan.
"Seminggu selepas memikirkannya, saya menerima tawaran itu dengan bayaran RM8,000," ceritanya yang tidak menyesali tindakannya itu.
Satu kes unik di Sepanyol pula melibatkan seorang imigran dari Chile, Nicole Rodriguez yang menyambung pengajian di negara itu.

AKTIVITI menjual sperma dan ovum menggalakkan pertambahan golongan gay dan lesbian.


"Saya baru memasuki sebuah kolej di Sepanyol. Peraturan di negara itu tidak membenarkan saya bekerja sambilan, jadi menjual ovum ialah cara mudah untuk mendapatkan wang," tutur Rodriguez.
Ceritanya, musim sejuk membantunya kerana kulitnya yang berwarna hitam menjadi agak putih.
"Selepas menjalani proses yang memenatkan itu, di tepi bantal saya terdapat sampul surat yang agak tebal berisi wang.
"Saya seperti seorang pelacur yang mendapatkan ganjaran dengan menjual tubuh," katanya.
Bayaran RM6,000 itu lebih daripada mencukupi untuk Rodriguez menanggung kos sara hidup selama tiga bulan di Sepanyol.
Derma ovum
Sejak berdekad lamanya permintaan global terhadap ovum manusia berkembang pesat sehingga tidak mampu dikawal lagi dengan lebih 250,000 bayi telah dilahirkan melalui cara itu.
Keinginan wanita bujang, wanita tua yang sudah menopaus dan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merancakkan lagi perniagaan pelik ini.
Wanita dari negara miskin juga akan menjual telur mereka kepada doktor tempatan yang kemudian menjualnya dengan harga yang mahal kepada keluarga kaya di Barat.
Cyprus yang merupakan negara Kesatuan Eropah membenarkan aktiviti itu dengan alasan ia lebih berbentuk derma yang akan diberi pampasan berupa wang.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan negara itu, Carolina Stylianou.
Kerajaan Cyprus menganggarkan nisbah 1:50 wanita di negara kepulauan itu yang berumur 18 hingga 30 tahun terlibat dengan aktiviti menjual ovum.
Seorang pakar biologi dari Universiti Northwestern, Chicago, AS, Laurie Zoloth berpendapat, fenomena menjual ovum adalah sisi buruk sistem kapitalis yang sanggup memperdagangkan apa sahaja yang bersumber daripada manusia.
Seorang peguam, Andrew Vorzimer menyifatkan urus niaga itu menunjukkan 'kejahatan budaya Barat'.
"Saya pernah melihat kontrak penderma ovum yang memperoleh bayaran sebanyak RM600,000," katanya.
Sebuah firma kesuburan di Britain baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana menawarkan bayaran RM3,000 kepada pelajar Universiti Cambridge yang sanggup menderma ovum mereka.
Secara umum, penderma perlu mengambil dadah untuk merangsang pengeluaran telur. Sasaran mereka ialah pelajar berumur 18 hingga 35 tahun selain memiliki sifat baik hati, jujur dan sihat tubuh.
Pengarah Perubatan Klinik Kesuburan Create London, Geeta Nargund, berkata idea itu mengundang risiko yang tinggi.
Bagi Josephine Quintavalle daripada kumpulan kempen Comment on Reproductive Ethics, retorik menderma ovum untuk mendapatkan pampasan merupakan helah pihak tertentu bagi menjana keuntungan mudah.
"Pelajar universiti sering menjadi sasaran kerana mereka lebih bijak. Malangnya, tiada kajian lanjut dilakukan berkaitan risiko individu yang mengambil dadah untuk proses itu serta kesan terhadap anak yang dilahirkan," ujarnya.
Soal etika

TERDAPAT segelintir pelajar kolej di Barat yang menjual ovum disebabkan desakan wang. - Gambar hiasan


Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman memberitahu, dahulu negara ini pernah dikejutkan dengan polemik pengenalan bank sperma.
"Mungkin ada syarikat tertentu dan hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan sebegini termasuk menjual ovum wanita dan sperma lelaki.
"Saya yakin ia berlaku di negara ini walaupun saya tidak pernah menerima sebarang aduan," katanya.
Ujarnya, ini mungkin disebabkan tiada pasangan atau individu yang mahu melaporkan perkara itu kerana malu.
"Masyarakat negara kita terkenal dengan adat ketimuran. Ia kes terpencil selain mereka mendapatkan rawatan itu di luar negara.
"Bagi mereka yang beragama Islam, perkara ini dilarang sama sekali dalam agama," katanya.
Menurut bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed, jualan sperma dan ovum hanya menggalakkan pasangan gay dan lesbian untuk memperoleh anak.
"Ini boleh menimbulkan masalah sosial yang serius apabila ramai lelaki dan wanita menganggap institusi perkahwinan tidak lagi penting," ujarnya.
Tutur Abdul Latiff, membeli ovum yang dijual tidak menjamin pembelinya mendapat anak yang bijak dan sihat.
"Walaupun baka terdiri daripada individu terpelajar, faktor persekitaran dan pembelajaranlah yang akhirnya merangsang perkembangan pemikiran anak.
"Malah, individu yang menderma juga tidak dikenali. Sekiranya berlaku ketirisan atau kecuaian, anak yang lahir mungkin mengalami penyakit yang serius," katanya.

sumber: kosmo

PANAS BERAPI! UMMI BELASAH ANWAR SAMPAI TERCIRIT SIALLLLL!




17 Cedera Dalam Kemalangan Acara Drag(Himpunan Jutaan Belia 2012)


PUTRAJAYA – Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.
Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.
“Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.
Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.
Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.
Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – BERNAMA

Friday, May 25, 2012

Lisa Surihani Sudah Berisi


GUA pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata. Jika Lisa mengandung, pasti ramai peminat setianya yang akan gembira dengan berita tersebut. Malah, GUA juga boleh bayangkan, anak mereka nanti pasti comel seperti ibu bapanya juga. Namun, tajuk di atas bukan bermaksud Lisa sudah berisi atau dalam istilah lain sudah hamil, namun berisi yang dimaksudkan ialah dari segi penampilan fizikal beliau sekarang.
“Ramai yang tegur penampilan Lisa sekarang yang agak berisi sedikit. Tidak dinafikan, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50kilogram sekarang. Alhamdulillah, sama juga seperti kehidupan orang lain selepas berkahwin, Lisa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang,” ujar Lisa memberitahu tanggal 23 Mei lalu genap 3 bulan usia perkahwinan mereka.
“Ia satu proses yang sangat seronok. Walaupun sibuk, namun masing-masing saling memahami sebab dalam satu industri. Kami merancang masa dan walau sesibuk manapun, kami akan tetap berusaha untuk luangkan masa bersama-sama.
“Malah, ketika Lisa shooting filem ‘Dendam Orang Mati’ hari itu, Yusry juga akan datang ke lokasi dan buat kerja dia di sana. Macam sekarang, Yusry sedang sibuk dengan ‘post-production’ filem ‘Vikingdom’ dan juga ‘29 Februari’, namun kami akan cuba juga cari waktu bersama.”
GUA sempat bertanya kepada Lisa sama ada dia sudah memasak untuk suami kesayangannya itu dan Lisa memberitahu, “Saya pernah masak untuk Yusry. Bagi Lisa, Yusry seorang yang ‘simple’ dan tidak cerewet. Dia tidak suka dengan makanan Korea dan Itali di mana Yusry adalah peminat besar makanan laut terutamanya ketam. Lisa gembira bila tengok Yusry menikmati ketam dengan bersungguh-sungguh.”
Sebelum ini timbul cerita kononnya Lisa ‘menghalau’ Yusry dari lokasi penggambaran ‘Dendam Orang Mati’ dan Lisa memberitahu, “ Saya bukan halau cuma saya tak bagi dia datang ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat.
“Saya kena buat babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Saya hanya bagi dia datang selepas selesai buat babak tersebut. Sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak kami memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah, menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Apapun, Lisa rasa memang tak boleh kerana bila tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.”
Menyentuh soal anak pula, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Dalam pada masa yang sama, Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan ‘Istanbul Akan Datang’ pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti. – petikan dari Gua.com.my

Monday, May 21, 2012

Skuad The Red Warriors dapat RM500,000


KOTA BHARU - Skuad Kelantan akan menerima ganjaran berjumlah RM500,000 atas kejayaan menjulang kejuaraan Piala FA buat kali pertama selepas menumbangkan Sime Darby FC 1-0 pada aksi akhir di Stadium Bukit Jalil, kelmarin.
Ganjaran tersebut diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), dekat sini, semalam.
Annuar berkata, ganjaran setengah juta itu akan diagihkan dalam dua bentuk kepada pemain iaitu wang tunai dan pakej pelancongan.
Menurutnya, RM300,000 akan diagihkan secara tunai kepada barisan pemain sebagai penghargaan menjulang kejuaraan tersebut.
"Selebihnya kita akan berikan dalam pakej perlancongan bagi membolehkan pemain beristirehat," katanya.
Kepulangan Annuar dan The Red Warriors disambut lebih 2,000 penyokong setia yang berhimpun di LTSIP sejak pukul 3.30 petang.
Annuar memberitahu, keputusan untuk memberikan ganjaran tersebut diputuskan oleh pengurusan KAFA selepas berbincang dan mendapatkan pandangannya.
"Walaupun saya tidak menjalankan tugas sebagai presiden, tetapi mereka tetap merujuk saya dan pengurusan KAFA bersetuju untuk memberikan bonus kepada pemain atas kejayaan menjulang Piala FA," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Annuar memberitahu, kejayaan menjulang Piala FA adalah hasil kerja keras semua pemain, jurulatih serta sokongan padu penyokong setia.
"Kejayaan ini menguatkan lagi semangat The Red Warriors untuk menjulang kejuaraan selepas ini," tegasnya.